HEADLINES

Kes tembakan di KLIA: Pengawal peribadi selamat jalani pembedahan usus, ditidurkan di ICU

Siti Noraida Hassan mengharapkan orang ramai bersama-sama mendoakan agar suaminya, Muhammad Nur Hadith Zaini sembuh sepenuhnya

12:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi yang terkena tembakan dalam kejadian di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad lalu, Muhammad Nur Hadith Zaini, 38, selamat menjalani pembedahan dan sedang ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Cyberjaya.

Perkara itu dimaklumkan isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, ketika dihubungi Scoop sebentar tadi yang turut menyatakan suaminya ditidurkan mungkin antara tiga hingga empat hari.

Katanya, Muhammad Nur Hadith dimasukkan ke dewan bedah kira-kira 12 tengah hari semalam, sebelum prosedur itu selesai pada 4.30 petang.

“Pembedahan untuk usus. Pemantauan lima, enam hari (dilakukan) untuk usus.

“Buah pinggang mungkin perlu dialisis sementara. Limpa sedikit cedera,” katanya.

Siti Noraida turut mengharapkan orang ramai bersama-sama mendoakan supaya Muhammad Nur Hadith sembuh sepenuhnya.

Terdahulu, Scoop melaporkan seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek, Hafizul Harawi, 38, dalam kejadian pada jam 1.30 pagi Ahad lalu.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya sendiri yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena mangsa.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena Muhammad Nur Hadith. – 17 April, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related