◉ HEADLINES

Video palsu dakwa peserta dibayar hadir Himpunan Turun Anwar

Video berkenaan tiada kaitan dengan Himpunan Turun Anwar sebaliknya ia dimuatnaik ke TikTok pada 5 Julai lalu

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu klip video yang menunjukkan seolah-olah peserta Himpunan Turun Anwar telah mendapat bayaran kerana menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka, semalam, telah tular di media sosial.

Bagaimanapun dakwaan berkenaan adalah palsu malah video tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan perhimpunan semalam.

Klip video itu, yang memaparkan seorang lelaki memberikan wang tunai kepada mereka yang berada di dalam sebuah bas, dimuatnaik ke TikTok pada 5 Julai lalu.

Kebanyakan kandungan dalam akaun TikTok berkenaan memaparkan aktiviti memancing serta permotoran dan tidak ada kaitan dengan politik.

“Bersidai panas ada manis-manisnya,’’ demikian kapsyen yang tertulis berserta video tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji lelaki tersebut yang bersedekah dan salah seorang netizen memberitahu bahawa dia merupakan pemenang pertandingan memancing dan mendapat hadiah wang tunai.

Pada Sabtu, Himpunan Turun Anwar diadakan di Dataran Merdeka, dengan penyertaan peserta dari seluruh negara, termasuk Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Meskipun pembangkang menganggarkan kehadiran peserta himpunan melebihi 200,000 orang namun polis menganggarkan bilangan yang datang adalah sekitar 18,000 orang.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, himpunan tersebut berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal walaupun terdapat beberapa perkara teknikal yang tidak dipersetujui pada awalnya.

“Segala-galanya berjalan lancar walaupun terdapat satu dua perkara yang mungkin tidak dipersetujui pada peringkat awal, namun ia berjaya diselesaikan dengan baik,’’ katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu berakhir.- 27 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related