HEADLINES

Cadangan tubuh Majlis Pemantauan Vape Malaysia dari pihak industri, bukan KKM: Dzulkefly

Dzulkefly berkata sebarang bentuk campur tangan atau penglibatan industri dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar tembakau harus dielakkan

7:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak pernah menubuhkan Majlis Pemantauan Vape Malaysia sebaliknya cadangan penubuhannya adalah daripada pihak industri rokok elektrik atau vape.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, sebarang bentuk campur tangan atau penglibatan industri dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar tembakau harus dielakkan.

Ia, katanya, bagi memastikan integriti dan keberkesanan dasar kesihatan awam negara.

“Selaras dengan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai Kawalan Tembakau (WHO FCTC), kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dasar kesihatan awam daripada sebarang pengaruh kepentingan komersial atau lain-lain kepentingan industri produk merokok,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, yang ingin mendapatkan perincian penubuhan Majlis Pemantauan Vape Malaysia dan bagaimana ia mampu memberikan nilai tambah dalam usaha kerajaan menangani isu penyalahgunaan vape dan dadah.

Dzulkefly juga memberitahu, sebarang bentuk campur tangan atau penglibatan industri dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar kawalan tembakau harus dielakkan bagi memastikan integriti dan keberkesanan dasar kesihatan awam negara.

“Kementerian Kesihatan sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya terhadap penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape bagi mengekang isu ini secara lebih berkesan.

“Pelaksanaan pengharaman ini bagaimanapun perlu dibuat secara teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk impak kepada perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam,’’ katanya.

Beliau memberitahu, penelitian menyeluruh sedang dijalankan bagi menilai keberkesanan langkah kawalan sedia ada serta keperluan dasar yang lebih komprehensif demi melindungi kepentingan kesihatan rakyat secara keseluruhan. – 1 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related