HEADLINES

Wanita jatuh motosikal selepas diragut di Klang

Mangsa mengalami kecederaan luka di kedua-dua belah tapak tangan, lutut serta bahu kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

11:11 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang wanita cedera dan nyaris dilanggar kenderaan lain ketika motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan selepas diragut di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Zarina, Klang, Selangor, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku pada jam 8.50 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.

Menurut beliau, ketika berada di lokasi kejadian, tiba-tiba seorang lelaki yang juga menunggang motosikal datang dari arah belakang mendekati dan menarik beg silang pada badan mangsa.

“Mangsa kemudiannya terjatuh dari motosikal serta mengalami kecederaan.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki dewasa menunggang motosikal Yamaha Y15 warna gelap. Mangsa mengalami kecederaan luka di kedua-dua belah tapak tangan, lutut dan bahu kiri. Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, beg silang mangsa mengandungi telefon bimbit jenis iPhone 14, dompet berisi dokumen peribadi dan wang tunai RM114.

Hoong Fong berkata, jumlah kerugian dialami mangsa dianggarkan RM3,000.

Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan semasa melakukan rompakan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan denda atau sebat.

“Pihak polis dalam usaha untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dan akan membuat tangkapan dalam tempoh masa terdekat,” katanya.

Beliau menambah, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan. – 19 April, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related