Wajar untuk Anwar ‘tidak kenakan syarat sokong PM’ bagi salur peruntukan: Takiyuddin

Perkara itu memang sepatutnya dilakukan kerajaan memandangkan peruntukan berkenaan adalah untuk pengurusan dan pembangunan rakyat

5:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyambut baik kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ‘sokongan kepada Perdana Menteri’ tidak menjadi syarat untuk kerajaan membuat keputusan menyalurkan sumbangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu memang sepatutnya dilakukan kerajaan memandangkan peruntukan berkenaan adalah untuk pengurusan dan pembangunan rakyat.

Menurutnya, PN menunggu tindakan dan keputusan susulan yang akan dilakukan kerajaan berhubung pemberian peruntukan terbabit.

Beliau berkata, peruntukan untuk setiap Ahli Parlimen sememangnya termaktub dalam kelulusan Bajet di Parlimen saban tahun untuk pengurusan dan pembangunan setiap Parlimen.

Kerajaan ketika ini, katanya, turut menyatakan di dalam manifesto bahawa mereka akan memastikan peruntukan untuk Ahli Parlimen diberikan sama rata, tidak kira kepada penyokong kerajaan atau pembangkang

“Jadi kita sekarang ni kita menunggu daripada kerajaan lah, kalau Perdana Menteri kata diberikan tanpa syarat dan bukanlah syarat kita menyokong kerajaan, itu sepatutnya…

“Peruntukan ini perlu dikeluarkan sebab ia untuk rakyat, Ahli Parlimen dipilih rakyat jadi peruntukan ini bukan untuk Ahli Parlimen tapi untuk diagihkan Ahli Parlimen kepada seluruh rakyat.

“Diagihkan tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira latar belakang, siapa layak boleh menerima peruntukan itu, ia apa kita ambil berat,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu hari ini.

Semalam, Scoop melaporkan, Anwar berkata, tidak ada syarat ‘perlu memberi sokongan kepada Perdana Menteri’ dalam keputusan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Perdana Menteri memaklumkan, ia lebih kepada perbincangan antara pihak terbabit bagi memastikan kestabilan kerajaan.

Ditanya mengenai jumlah peruntukan dijangka dipersetujui kerajaan nanti, Takiyuddin berkata, beliau tidak mengetahui angkanya.

“Saya tak tahu jumlahnya tapi semasa kita (PN) dulu, ia melebihi daripada RM3 juta setahun untuk pengurusan dan pembangunan setiap kawasan.

“Ia bergantung kepada peruntukan dalam Bajet lah, berapa bajet peruntukan setiap tahun, maknanya kalau dah diputuskan peruntukan sama rata, ia kena laksanakan sebaiknya lah,” katanya.

Mengulas mengenai sama ada pembangkang sedang menunggu syarat lain dikemukan kerajaan mengenai soal peruntukan itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bahru berkata, ia belum dinyatakan Perdana Menteri.

“Kita tidak tahu kerana ketika ini PM kata tak ada syarat dan sekiranya ada syarat pun diminta dipercepatkan juga kerana bukan Ahli Parlimen menunggu, tapi rakyat menunggu,” katanya. – 20 April, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related