HEADLINES

Institusi pendidikan KPM mesti patuhi panduan anjur aktiviti luar bilik darjah

Kementerian itu komited memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.

KPM dalam kenyataan yang dikongsi oleh Menteri Pendidikan, Fadhilah Sidek di media sosial berkata, mereka komited memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan kejadian menyedihkan menimpa seorang pelajar berumur 14 tahun, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli yang rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, sebelum disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

“Menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, murid Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang meninggal dunia pada Jumaat.

“KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal,” katanya.

KPM memaklumkan, pihaknya mengambil tindakan segera untuk memberi bantuan kebajikan kepada pihak keluarga.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi semalam itu, Nuqman Naufal dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, remaja itu menyertai sukan anjuran sekolah berkenaan bersama kira-kira 700 pelajar kira-kira jam 8 pagi, dengan larian sejauh tujuh kilometer (km).

Bagaimanapun, ketika mangsa menghampiri garisan penamat, dia dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related