◉ HEADLINES

Saya masih sayang isteri saya: Suspek kes tembak KLIA

Kata-kata itu berulang kali disebut Hafizul ketika dalam perjalanan masuk ke dalam mahkamah

9:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hafizul Harawi, suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu menyatakan dia masih menyayangi isterinya, Farah Md Isa.

“Assalamualaikum, Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih,” katanya ketika dalam perjalanan masuk ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, pagi ini.

Dia berulang kali memaklumkan menyayangi isterinya selain sempat memberi salam dan berterima kasih kepada pihak media.

Terdahulu, Hafizul, 38, tiba di perkarangan mahkamah untuk permohonan sambung reman pada jam 8.35 pagi dengan memakai baju lokap dan dikawal ketat oleh polis.

Difahamkan, proses sambung reman Hafizul dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Terdahulu, media melaporkan Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga hari ini.

Perintah tahanan suspek dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Pada 15 April lalu, suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan pada jam 3 petang.

Difahamkan berlaku pergelutan antara suspek dengan polis sebelum dia berjaya ditahan.

Turut dirampas pistol yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi. – 22 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related