HEADLINES

Nahas helikopter TLDM: Agong titah ATM jalankan siasatan terperinci

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi itu

1:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.

Seri Paduka menitahkan sedemikian dalam perutusan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tersebut.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku itu.

“Saya dan Raja Zarith Sofiah (Raja Permaisuri Agong) berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini.

“Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan juga para syuhada.

“Saya juga mahukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian ini,” titah Seri Paduka.

Terdahulu TLDM mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia di tempat kejadian dan kini dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk tujuan pengecaman mayat. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related