HEADLINES

TLDM tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kejadian helikopter terhempas

Insiden melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua helikopter miliknya terhempas di Lumut, Perak pagi tadi.

Menerusi kenyataan media, TLDM turut mengesahkan 10 anggotanya meninggal dunia di tempat kejadian dan kini dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk tujuan pengecaman mayat.

“TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.

“Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian demi menjaga sensitiviti keluarga dan melancarkan proses siasatan.

Terdahulu, Scoop melaporkan kedua-dua pesawat jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu, dilaporkan berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi tadi bagi menjalani latihan Sambutan Hari Armada Laut yang akan disambut pada awal bulan depan.

Tujuh kru TLDM yang berada dalam pesawat HOM itu, dikenal pasti sebagai Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi dan PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.

Tiga lagi yang berada dalam pesawat sama, masih belum dikenal pasti pihak berkuasa.

Tiga kru yang berada dalam pesawat Fennec pula, dikenal pasti sebagai Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan Thanjappan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related