◉ HEADLINES

Polis rampas ‘dadah lemang’ di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa

Dadah jenis ganja dibungkus seperti potongan lemang dianggarkan mempunyai nilai rampasan RM43,000

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Taktik licik sindiket pengedaran dadah membungkus bahan terlarang itu seakan-akan potongan lemang tumpas apabila polis menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram (kg) ganja dalam serbuan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Selangor, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, rampasan tersebut dianggarkan berjumlah RM43,710 dengan tangkapan suspek pertama yang ditemukan bersama kira-kira 14kg ganja, kemudiannya membawa kepada penahanan tiga suspek lain.

“Penahanan lelaki itu membawa kepada tangkapan tiga lagi lelaki termasuk seorang warga asing berusia lingkungan 23 hingga 61 tahun berhampiran sebuah restoran di Bukit Sentosa serta menemukan tiga gram ganja pada salah seorang suspek.

“Seorang suspek kemudiannya membawa polis ke stor di sebuah apartmen di Bukit Beruntung dan merampas ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat 1.28kg.

“Polis turut merampas sepucuk pistol angin berserta satu kelopak peluru,” katanya.

Tambahnya, saringan awal air kencing juga mendapati seorang suspek positif dadah dan kesemuanya direman tujuh hari sehingga 15 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selain wang tunai, pihak polis turut menyita dua buah kereta dan sebuah motosikal dalam operasi berkenaan. – 10 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related