HEADLINES

Tidak betul, tiada lesen kasino di Forest City: PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas mengenai laporan sebuah portal bahawa rundingan sedang dijalankan oleh beberapa taikun untuk menubuhkan kasino di Forest City

3:10 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada lesen kasino akan diluluskan kerajaan di Forest City.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan laporan Bloomberg yang memetik sumber mengenai pertimbangan untuk lesen itu sebagai tidak betul.

“Tak ada. Mereka bangkit (mengenai) lesen kasino… tipu, tak betul,” jawabnya ringkas kepada media selepas meghadiri Majlis Madani Muhibah Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Portal terbabit melaporkan Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk menubuhkan kasino di Forest City iaitu projek bernilai AS$100 bilion (RM480 bilion) di Johor yang sedang berdepan kemungkinan menjadi gajah putih.

Perdana Menteri ketika menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini. – Alif Omar/Scoop, 25 April, 2024

Portal perniagaan itu memetik sumber yang menyebut Perdana Menteri berjumpa dengan pengasas Berjaya Corp, Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dalam satu mesyuarat makan tengah hari minggu lalu untuk membincangkan perkara berkenaan.

Wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, serta pegawai kanan kerajaan lain, turut hadir pada mesyuarat itu, demikian menurut laporan tersebut.

Sultan Ibrahim adalah antara pemegang saham projek itu.

Menurut laporan itu, perbincangan mengenai projek kasino berkenaan masih dalam peringkat awal.

Forest City di Iskandar Puteri, Johor pada mulanya dirancang sebagai projek pembangunan kediaman bersepadu.

Pembinaan projek itu dimulakan pada 2006, melibatkan konsortium pemaju hartanah China.

Bagaimanapun projek itu menghadapi masalah pada 2018 apabila Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan diberikan visa untuk tinggal di Forest City.

Malah, kawalan mata wang yang diperkenalkan oleh Presiden China, Xi Jinping pada 2019 secara drastik menyekat bakal pelanggan dan serangan pandemik Covid-19 memberi tamparan hebat kepada projek berkenaan.

Hari ini, projek Forest City, yang digelar “bandar dalam laut”, adalah ibarat bandar hantu.

Namun pada 25 Ogos lalu, Anwar mengumumkan Forest City sebagai zon khas kewangan sebagai langkah menarik pelaburan asing seterusnya meningkatkan pelaburan asing di Johor.

Katanya, zon khas tersebut memberi keistimewaan kepada Johor yang berjiran dengan Singapura di samping mempunyai kemudahan yang lengkap di Forest City. – 25 April, 2024

Topics

 

Hangat

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Related