HEADLINES

Tuntutan palsu libatkan anak Menteri Besar Perlis: SPRM akan buat beberapa lagi tangkapan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia bagi membuktikan kesalahan yang berlaku berhubung kes berkenaan

5:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000 melibatkan anak Menteri Besar Perlis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia bagi membuktikan kesalahan yang berlaku berhubung kes berkenaan.

Malah katanya, kes tersebut telah diketahui umum dan suspek terlibat telah ditahan semalam bagi siasatan.

“Beberapa pihak akan dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya kepada media selepas merasmikan pejabat SPRM cawangan Gua Musang, Kelantan hari ini.

Azam memberitahu, SPRM akan membuat permohonan reman yang baharu terhadap suspek kerana tempoh masa reman yang diberikan tidak mencukupi bagi melengkapkan siasatan.

Terdahulu SPRM menyambung tempoh reman sehari lagi sehingga esok terhadap anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Sambungan tempoh reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar selepas tempoh asal reman semua suspek tamat hari ini.

Sumber SPRM berkata, seorang daripada enam suspek yang bertugas sebagai pembantu teknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dipercayai berusia 20-an yang ditahan semalam sudah pun dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM.

Mengulas mengenai hal tersebut, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bersikap terbuka dengan tindakan SPRM terhadap anaknya itu.

Beliau mengalu-alukan kehadiran SPRM ke Perlis untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan berkenaan supaya kerajaan negeri besih seperti kain putih.

Kalau anak saya bersalah, hukumlah dia, sebab saya sudah bagi pendidikan dekat dia, dah bagi ilmu dekat dia. Kalau dia nak buat juga, saya pesan selalu, termasuk dekat kakitangan saya, kalau buat juga, itu nak buat macam mana, saya dah habis ikhtiar dah,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kangar, Perlis. – 25 April, 2024

Topics

 

Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

KWAP duped in RM200m eFishery scam, Anwar confirms

Prime Minister Anwar Ibrahim says the RM200 million eFishery investment was a deliberate fraud, prompting lawsuits, fund recovery efforts and tighter controls to protect civil service pensions

Related