HEADLINES

Kalau anak saya bersalah, hukumlah dia: MB Perlis bersikap terbuka dengan siasatan SPRM

MB Perlis turut mengakui kelemahannya dalam mentadbir kerajaan negeri ‘adakalanya terlalu baik’ dengan semua orang

4:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — “Kalau anak saya bersalah, hukumlah dia”.

Demikian tegas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli susulan penahanan anaknya oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000, semalam.

Malah beliau mengalu-alukan kehadiran SPRM ke Perlis untuk menjalankan siasatan mengenai dakwaan berkenaan supaya kerajaan negeri besih seperti kain putih.

“Kalau anak saya bersalah, hukumlah dia, sebab saya sudah bagi pendidikan dekat dia, dah bagi ilmu dekat dia. Kalau dia nak buat juga, saya pesan selalu, termasuk dekat kakitangan saya, kalau buat juga, itu nak buat macam mana, saya dah habis ikhtiar dah.

“Bagi saya, kita terbuka. Pejabat saya 25 jam sehari boleh masuik periksa supaya tidak berlaku penyelewengan dan sentiasa dalam keadaan bersih daripada unsur-unsur yang tidak baik.

“Saya mengalu-alukan kehadiran SPRM, periksa kasi habis, supaya kerajaan negeri ini bersih seperti kain putih,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kangar, Perlis hari ini.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang mengakui kelemahannya dalam mentadbir kerajaan negeri ‘adakalanya terlalu baik’ dan percaya kepada semua orang yang diberikan sesuatu tugasan.

Namun katanya, tiada sesiapa pun yang kebal daripada undang-undang termasuk dirinya.

“Jadi bila tak kebal, orang boleh mai (datang) periksa, boleh mai check (siasat), elok atau tak elok. Kita semua tertakluk kepada undang-undang.

“Kemudian kalau dia menyalahi undang-undang, dia kena ambil tindakan. Salah guna undang-undang pun boleh diambil tindakan. Jadi ini benda (perkara) lumrah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai tindakan SPRM terhadap anaknya, beliau menambah, kumpulan seramai lebih 100 daripada BOK SPRM telah menggeledah rumah dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) tempatnya mengajar, namun tidak menemukan apa-apa.

“Selepas itu dia (SPRM) bawa anak saya sampai hari ini (ditahan reman), hari ini sambung reman sehari lagi sehingga esok mungkin dibebaskan.

“Mudah-mudahan dengan kehadiran mereka, kita buka pintu, supaya berlaku pembersihan. Selepas ini tiada lagi bunyi di media sosial dok balun tak tentu hala. Sekiranya selepas mereka datang itu tiada apa-apa unsur (penyelewengan), dan semua dibebaskan, kita harap macam itulah akan berlaku.

“Jika ada yang sangkut, kita harap itu pun salah satu pembersihan. Saya dan keluarga tenang, terima kasih kawan-kawan yang memberikan semangat dan mendoakan yang sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak ada langsung prasangka buruk terhadap apa yang dilakukan SPRM.

Terdahulu SPRM menyambung tempoh reman sehari lagi sehingga esok terhadap anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Sambungan tempoh reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar selepas tempoh asal reman semua suspek tamat hari ini.

Sumber SPRM berkata, seorang daripada enam suspek yang bertugas sebagai pembantu teknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dipercayai berusia 20-an yang ditahan semalam sudah pun dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM. – 25 April, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Related