HEADLINES

Dokumen tuntutan palsu: Tempoh reman anak MB Perlis disambung sehari lagi

Tempoh reman terhadap empat lagi suspek turut disambung bagi siasatan tuntutan palsu berjumlah RM600,000

12:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambung tempoh reman sehari lagi sehingga esok terhadap anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Sambungan tempoh reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar selepas tempoh asal reman semua suspek tamat hari ini.

Sumber SPRM berkata, seorang daripada enam suspek yang bertugas sebagai pembantu teknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dipercayai berusia 20-an yang ditahan semalam sudah pun dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM.

“Suspek memberikan kerjasama yang baik dalam hal ini,” katanya.

Semua suspek berusia 27 hingga 37 diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.

Mohd Fadhly ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kangar berkata, ini adalah fasa sambungan reman yang terakhir buat anak guamnya.

“SPRM meminta tujuh hari sebagai tempoh sambungan reman namun pihak mahkamah hanya membenarkan sehari sahaja lagi.

“Setakat ini, hanya seorang anak guam saya dibebaskan daripada siasatan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan sambungan tempoh penahanan berkenaan.

Semalam, SPRM dilaporkan menahan reman enam orang termasuk anak lelaki Menteri Besar Perlis berhubung siasatan kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Turut ditahan ialah dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala yang lain adalah kontraktor syarikat.

Terdahulu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dikatakan akan menjelaskan mengenai penahanan anak lelakinya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Beliau juga memaklumkan menyerahkan siasatan itu kepada SPRM. – 25 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related