◉ HEADLINES

Meski bukan anak tempatan Kuala Kubu Baharu, saya terima sokongan: Calon PH

Katanya, beliau turut menerima sambutan baik dan sokongan daripada masyarakat Melayu

6:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao dari DAP, yakin dengan keupayaannya untuk mempertahankan kerusi itu walaupun beliau bukan penduduk tempatan.

Pada hari kedua kempen, Sock Tao berkata, beliau menerima sambutan baik daripada komuniti Melayu setempat.

“Apabila saya melawat pasar di Batang Kali (awal hari ini) yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu tempatan, saya menerima sambutan hangat daripada mereka.

“Mereka menawarkan sokongan dan ucapan selamat yang memberi saya semangat. Dengan sokongan ini, saya yakin dengan keupayaan saya untuk mengekalkan Kuala Kubu Baharu,” katanya pada sidang media di pusat perkhidmatan DAP Kuala Kubu Baharu hari ini.

Walaupun bukan berasal dari Kuala Kubu Baharu, Sock Tao berkata, beliau bukan individu asing di kawasan itu.

Selain berstatus sebagai warga Selangor, Sock Tao berkata, beliau sering menemani bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Lee Kee Hiong semasa pemimpin terbabit melaksanakan kerja di Kuala Kubu Baharu.

Malah, Sock Tao menjelaskan keputusannya terlibat dalam politik walaupun memegang ijazah dalam bidang kejuruteraan adalah bagi memulihkan tanggapan kurang baik terhadap landskap politik.

“Ramai melihat politik sebagai tercemar, dibelenggu konflik dan memecahbelahkan.

“Namun, selepas berpengalaman bekerja di bawah dua kementerian, saya berpendapat politik adalah satu daripada cara paling tepat untuk membawa perubahan kepada kehidupan penduduk tempatan,” katanya.

Sock Tao berkata, beliau menggalakkan pengundi, menggunakan hak mereka dengan membuang undi pada hari pengundian 11 Mei ini.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan selepas kematian Kee Hiong bulan lalu akibat kanser.

Kee Hiong yang juga dari DAP memegang kerusi Kuala Kubu Baharu sejak 2013, dengan menerima pujian atas perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH); Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin dan Bebas, Nyau Ke Xin. — 28 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

◉ Related