HEADLINES

MCA kempen burukkan calon PH? Ini tanggapan tak berasas

MCA pada dasarnya menyatakan pendirian jelas tidak pernah berhasrat untuk terlibat dalam PRK KKB apatah lagi berkempen memburukkan calon Pakatan Harapan

8:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – MCA menyifatkan kenyataan dan tanggapan Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Adam Adli Abdul Halim supaya parti itu ‘tidak berkempen memburukkan’ calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebagai tidak berasas.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, MCA pada dasarnya menyatakan pendirian jelas tidak pernah berhasrat untuk terlibat dalam PRK itu apatah lagi berkempen memburukkan calon Pakatan Harapan (PH) itu.

“Saya anggap kenyataan dan tanggapan beliau (Adam Adli) adalah tidak berasas dan tidak tepat.

“Saya tak nafi wujud sentimen kemarahan dalam kalangan ahli MCA kerana kenyataan dan serangan yang berterusan daripada pemimpin DAP sejak sekian lama sehingga hari ini. Itu adalah perasaan dan hak individu yang perlu kita hormati dan tidak berkaitan dengan pendirian parti.

“Bagi saya, jangan bercakap pasal perpaduan hanya ketika mereka memerlukan kita seperti ketika adanya PRK atau PRN (Pilihan Raya Negeri),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Choo Seong berkata, sekiranya pemimpin-pemimpin PH ikhlas, pastinya sudah wujud pelbagai usaha dan langkah untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kerjasama di antara parti komponen di semua peringkat sejak terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

Namun katanya, perkara itu tidak berlaku malah sering ada pihak yang melakukan provokasi sesama sendiri.

Adam Adli turut ditegur agar tidak bercakap soal perpaduan hanya ketika memerlukan MCA sama ada dalam Pilihan Raya Kecil atau Pilihan Raya Negeri. – Gambar Scoop, 28 April, 2024

“Seelok-eloknya pihak yang terlibat tumpukan sepenuh perhatian terhadap kempen kali ini dan bukannya terhadap pendirian MCA. Banyak lagi isu-isu berkepentingan rakyat dan negara yang perlu diterangkan kepada penduduk Kuala Kubu Baharu (KKB).

“Sekiranya ada usaha untuk memperbaiki hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, ia sepatutnya dilakukan sebelum atau selepas PRK ini. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Secara peribadi, beliau mendoakan yang terbaik buat semua calon yang terlibat dan semoga segala urusan kempen berjalan lancar atas prinsip demokrasi.

Terdahulu beliau mengulas kenyataan Adam Adli yang meminta MCA tidak berkempen memburukkan calon Kerajaan Perpaduan dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Beliau sebaliknya berkata, pihaknya menerima keputusan MCA untuk tidak terlibat dalam PRK itu, namun tidak seharusnya pula mengeruhkan keadaan.

Menurut beliau, dalam masa sama pihaknya akan berusaha menyelesaikan sebarang isu berbangkit antara MCA dan parti-parti komponen dalam PH. – 28 April, 2024

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Marhamah’s appointment sparks debate, uncle Badrulamin hits back

He insists donation funds were audited, denies New Age links, urges fairness in judgment

Related