HEADLINES

Eain Yow tumbangkan pilihan utama untuk mara ke final Terbuka Jerman

Eain Yow berkata menjaga emosi sebaiknya ialah kunci kemenangan untuk menewaskan Makin

9:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow melangkah ke pentas akhir Terbuka Jerman 2024 selepas menumbangkan pilihan utama kejohanan Joel Makin dari Wales dalam aksi mendebarkan selama 73 minit pada perlawanan separuh akhir di Hamburg, Jerman awal pagi tadi waktu Malaysia. 

Turun sebagai pilihan keempat kejohanan Eain Yow bermula baik apabila meraih kemenangan pada set pertama serta kedua, 13-11 dan 11-8. 

Namun Makin yang berada di ranking kesembilan dunia bangkit dengan 11-6 di set ketiga sebelum Eain Yow menoktahkan kemenangan dengan 11-8 pada set penentuan. 

Eain Yow berkata menjaga emosi sebaiknya ialah kunci kemenangan untuk menewaskan Makin, namun mengakui perjuangannya belum berakhir apabila beliau akan menentang Dimitri Steinmann dari Switzerland pada final hari ini. 

“Saya tak boleh terlalu teruja, pada awal set ketiga saya buat silap dan beliau ‘menghukum saya’. Saya rasa beliau juga sedang bertahan dengan kecederaan hari ini.

“Tahapnya mungkin bukan 100 peratus, tetapi permainan berlangsung 73 minit, menunjukkan beliau memang pemain yang hebat,” katanya menerusi kenyataan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) hari ini. 

Terdahulu Steinmann menewaskan Mohamed Elsherbini dari Mesir 11-8, 11-4 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. – 7 April 2024

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related