◉ HEADLINES

STR Fasa 3 bermula hari ini, 8.6 juta rakyat bakal terima tunai hingga RM650

MOF berkata jumlah penerima seramai 8.6 juta itu adalah peningkatan seramai 300,000 berbanding 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari lalu

12:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 membabitkan 8.6 juta penerima seluruh negara akan dikreditkan secara berperingkat mulai hari ini, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, menerusi peruntukan RM2 bilion, jumlah bayaran kepada penerima adalah hingga RM650 bergantung kepada kelayakan isi rumah, warga emas dan bujang.

Menurut kenyataan itu, jumlah penerima seramai 8.6 juta itu adalah peningkatan seramai 300,000 berbanding 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari lalu.

Peningkatan itu adalah hasil langkah Kerajaan Madani membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan Madani tidak memandang remeh amanah yang dipikul untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara.

“Lebih daripada bantuan tunai semata-mata, STR memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan, agar kita dapat menggapai kesaksamaan yang didambakan dalam Ekonomi Madani,” katanya.

Jelas MOF lagi, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Solan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan STR boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap pautan tidak sahih yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat mengenai STR. – 12 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related