◉ HEADLINES

Nahas helikopter Long Lellang: Laporan awal dibentang esok, dokumen penerbangan sah, kata Loke

Siasatan awal mengesahkan juruterbang dan helikopter Layang-Layang Aerospace mempunyai perakuan sah, ketika laporan penuh nahas Long Lellang dijangka siap dalam tempoh setahun

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan awal siasatan membabitkan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang mengorbankan lima nyawa di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak bulan lalu bakal dibentangkan kepada Jemaah Menteri, esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan dapatan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati juruterbang serta helikopter terbabit mematuhi semua spesifikasi dan piawaian keselamatan penerbangan yang ditetapkan.

Menurut beliau, juruterbang helikopter BO105 kendalian Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd itu mempunyai lesen penerbangan serta sijil perubatan yang masih sah semasa kejadian.

“Helikopter bernombor pendaftaran 9M-LLF yang beroperasi di bawah kontrak Kementerian Kesihatan (KKM) itu turut mempunyai perakuan pendaftaran dan perakuan kelayakan terbang yang sah. Pesawat disahkan layak terbang ketika berlepas.

“Bagaimanapun, siasatan terperinci masih diteruskan dan laporan muktamad berhubung insiden ini dijangka siap dalam tempoh setahun dari tarikh kemalangan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong) berhubung status audit keselamatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta pemeriksaan terakhir ke atas operator pesawat terbabit.

Dalam tragedi pada 8 September lalu, helikopter FDS berkenaan terhempas di kawasan pedalaman Long Lellang sehingga meragut lima nyawa, termasuk empat petugas kesihatan KKM. – 15 Oktober, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related