◉ HEADLINES

Penduduk terkejut dengar bunyi letupan, tembakan dekat Sungai Golok

Seorang penduduk di Rantau Panjang mendedahkan, dia dan keluarga memutuskan untuk kekal di dalam rumah selepas mengagak ada sesuatu yang berlaku di negara jiran

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penduduk di Rantau Panjang, Kelantan mengakui terkejut dengan bunyi letupan dan berbalas tembakan yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, awal pagi tadi.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Timin, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan dikejutkan dengan bunyi letupan kuat dan berbalas tembakan yang kedengaran kira-kira beberapa meter dari Sungai Golok.

Menurutnya, dia dapat mengagak sesuatu berlaku di negara jiran dan mereka sekeluarga memutuskan untuk berada di dalam rumah sahaja.

“Malah, bunyi letupan dan berbalas tembakan yang sudah berhenti kemudian disambung kembali beberapa minit kemudian.

“Saya juga tahu maklumat berkaitan insiden ini melalui Facebook apabila ada yang berkongsi mengenai kejadian itu.

“Memandangkan rumah saya dekat dengan Sungai Golok, jadi kami sudah lali dengan insiden sebegini. Namun perasaan bimbang dengan keselamatan diri itu tetap ada,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, turut tular beberapa video memaparkan rakaman bunyi letupan termasuk daripada penduduk sebelah Thailand.

Seorang netizen mendakwa berlaku pertempuran antara pasukan polis Thailand dan sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi.

Difahamkan empat anggota polis cedera dalam pertempuran itu. – 29 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cheng Hoe urges realistic expectations as Harimau face uphill Asean Cup challenge

With just 10 days to prepare a largely inexperienced squad, interim coach Tan Cheng Hoe says building chemistry and competitiveness will be Malaysia's biggest priorities ahead of the 2026 Hyundai Asean Cup

◉ Related