HEADLINES

Dakwaan pemimpin PAS cuba pengaruhi PRU Singapura tidak tepat, berlebih-lebihan: Takiyuddin

Kenyataan dua pemimpin itu juga tidak mewakili dasar dan pandangan PAS sebagai sebuah parti politik mengenai Singapura: Takiyuddin

8:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — PAS menyifatkan dakwaan dua pemimpin parti berkenaan iaitu bendaharinya, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar cuba mempengaruhi Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura pada 3 Mei ini sebagai tidak tepat dan sedikit berlebih-lebihan.

Sebaliknya, tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kenyataan mereka adalah pandangan peribadi.

Kenyataan mereka juga, katanya, tidak mewakili dasar dan pandangan PAS sebagai sebuah parti politik tentang Singapura sebagai sebuah negara ataupun proses-proses yang berjalan di republik itu.

“PAS percaya mereka berdua hanya menyuarakan pandangan peribadi masing-masing dan tidak bertujuan campur tangan apatah lagi cuba mempengaruhi keputusan pilihan raya Singapura yang dijadualkan pada 3 Mei depan.

“Selain respons segera mereka yang menafikan dakwaan tersebut di media sosial, dasar PAS mengenai hubungan rasmi dua pihak sebagai saluran sah dalam menyampaikan apa-apa pandangan atau membincangkan isu-isu kepentingan bersama, termasuk dengan kerajaan Singapura, seperti yang terjalin selama ini ialah bukti jelas dakwaan itu tidak tepat atau benar.

“PAS menghormati perhatian dan kebimbangan Singapura dalam hal ini, namun pada masa sama percaya reaksinya yang membabitkan dua pemimpin PAS itu adalah sedikit berlebih-lebihan dan bersifat sepihak terutama ketika PAS sendiri mempunyai hubungan baik dan saling menghormati kerajaan republik itu,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar antara dua pemimpin PAS yang didakwa masuk campur dalam PRU Singapura oleh MHA dan ELD negara berkenaan. – Gambar Facebook, 28 April, 2025

Pada Jumaat, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura dan Jabatan Pilihan Raya (ELD) negara berkenaan mendedahkan dua pemimpin PAS didapati masuk campur dalam PRU Singapura.

Mereka dikenalpasti sebagai Bendahari Agung PAS, Iskandar Abdul Samad dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar.

Berita Harian Singapura melaporkan, kedua-duanya didapati mengeluarkan hantaran di Facebook yang menyiarkan komen mereka terhadap politik Singapura.

Mengulas lanjut, Takiyuddin memberitahu, dalam dunia tanpa sempadan di mana maklumat dan komunikasi bergerak pantas ke seluruh dunia, adalah sukar untuk mengelak reaksi langsung daripada individu di negara lain terutama dalam hal yang dianggap penting oleh individu terbabit.

“Respons atau reaksi sedemikian tentulah tidak diwajar dianggap percubaan untuk campur tangan melainkan ia melibatkan langkah-langkah susulan sebenar dengan tujuan-tujuan itu,’’ katanya. – 28 April, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related