HEADLINES

Dakwaan penyelewengan projek Battersea tidak berasas, tiada siasatan lanjut: PM

Kerajaan mengesahkan tiada keperluan untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan penyelewengan projek Stesen Janakuasa Battersea di London, selepas dua laporan forensik bebas Evelyn Partners merumuskan tohmahan tersebut sebagai tidak berasas sama sekali

9:14 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai isu terlebih nilai dan penyelewengan kewangan membabitkan projek mega Stesen Janakuasa Battersea di London disahkan tidak berasas.

Perkara itu dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan dua laporan siasatan forensik bebas yang dijalankan oleh firma audit dan perunding terkemuka, Evelyn Partners.

Impaknya, kerajaan menegaskan tiada lagi keperluan untuk memanjangkan atau meneruskan siasatan berhubung isu tersebut.

“Battersea Project Holding Company telah melantik juruaudit forensik bebas, Evelyn Partners untuk menjalankan semakan terhadap perkara yang dibangkitkan berhubung laporan kewangan projek Battersea Power Station.

“Dua laporan forensik yang telah dikemukakan telah merumuskan bahawa dakwaan yang dibangkitkan adalah tidak berasas, sekali gus tiada keperluan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menjawab pertanyaan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai status siasatan ketulenan laporan kewangan projek ikonik berkenaan.

Menyentuh soal tadbir urus kewangan syarikat terbabit, semakan mendapati amalan perakaunan yang dilaksanakan adalah selaras dengan piawaian perakaunan antarabangsa.

Malah, akaun syarikat juga telah diaudit dan disahkan oleh firma gergasi global, PricewaterhouseCoopers (PwC).

Tegas beliau, hasil penemuan Evelyn Partners dan laporan PwC membuktikan tiada keperluan untuk melakukan sebarang pelarasan penilaian pelaburan bagi tahun 2025.

“Prestasi dan penilaian pelaburan terus dipantau secara berkala selaras dengan amalan tadbir urus dan piawaian pelaporan kewangan,” tambah beliau. – 25 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

SPM Maths fail rate is a symptom, we must diagnose the real problem — Hamidi Mookkaiyah

The 22.4% failure rate demands more than concern — it calls for a full re-evaluation of how we teach, assess, and support students in Maths

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related