◉ HEADLINES

‘Abah sihat,’ kata Nurul selepas Zahid jalani pembedahan Khamis lalu

Anak Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menghargai keprihatinan pengguna media sosial, tetapi ramai juga berlagak seperti 'yang terpaling tahu'

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada dalam keadaan sihat selepas menjalani satu prosedur pembedahan pada Khamis lalu.

Anak beliau, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, berkata sepatutnya pembedahan itu diadakan lebih awal tetapi ditunda disebabkan kekangan masa dan jadual padat.

“Saya mengambil maklum berita kesihatan Abah saya yang tular di SOCMED (media sosial). Secara peribadi dan rendah diri, saya menghargai keperihatinan dan doa daripada posting, komen dan tidak kurang juga daripada mereka “yang terpaling tahu”.

“Alhamdulillah Abah saya sihat setelah menjalani satu prosedur pembedahan pada hari Khamis (16/11) yang seharusnya dilakukan lebih awal lagi, kerana kekangan masa dan jadual yg padat.

“Begitulah Abah. Kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri,’’ katanya yang menulis di dalam Instagramnya hari ini.

Beliau turut menyertakan gambar terkini Zahid pagi ini ketika menemani Timbalan Perdana Menteri bersarapan.

Nurulhidayah berkata, bagi mereka sekeluarga, ini adalah masa yang sebaiknya untuk menyantuni bapanya selain menjadi sumber semangat supaya Zahid Kembali pulih dan sihat untuk terus berkhidmat kepada negara.

Jelasnya, Zahid mempunyai semangat juang yang tinggi namun selalu terlupa beliau memerlukan gaya hidup yang sihat, pemakanan seimbang, aktiviti riadah dan rehat yang mencukupi.

“Semoga segala pengorbanan dan perkhidmatan Abah kepada agama, masyarakat dan negara keseluruhannya selama ini, Allah gantikan dengan pahala yang berlipat ganda, ke syurga tanpa hisab dan ditempatkan di syurga yang tertinggi. Aamin,’’ ujarnya.

Nurulhidayah juga berpesan kepada masyarakat supaya tidak bermain-main dengan berita mengenai penyakit dan kematian selain mendoakan yang tidak baik.

“Berita yang tak pasti dan tak sahih jangan kongsi. Apa sahaja doa yang baik atau tidak baik itu akan kembali kepada kita.

“Semoga Allah menjauhi kita dan keluarga kita dari sakit yang memudaratkan serta terus melindungi kita semua dunia akhirat. Aamin yaa Rabb,’’ ujarnya. – 19 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related