HEADLINES

Jawab cabaran Ahmad Fadhli, Sock Tao kongsi salinan keputusan cemerlang SPM, UPSR

Calon PH dalam PRK Kuala Kubu Baharu itu ternyata pelajar pintar dengan mendapat keputusan A untuk semua mata pelajaran diambil

12:35 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU — Calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao dari DAP hari ini berkongsi latar belakang pendidikannya bagi menjawab pertanyaan dilontarkan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Sock Tao, 31, hari ini menerusi Facebooknya memuat naik sijil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia yang masing-masing diambil di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) On Pong, Ampang Hulu Langat, Selangor dan Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau berkongsi salinan SPM dengan keputusan empat (A+), serta tiga (A-) dan tiga (A), manakala dalam UPSR, Sock Tao cemerlang meraih semua A.

“Yang Berhormat Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari bertanya mengenai UPSR dan SPM saya… inilah jawapannya.

“Saya terhutang budi kepada guru yang pernah mengajar saya. Ucapan terima kasih sahaja memang tidak cukup sebagai balasan atas jasa bakti yang dicurahkan dalam mendidik saya.

“Terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang tidak pernah mengabaikan pendidikan anak mereka,” tulisnya hari ini.

Semalam, Ahmad Fadhli di Facebooknya mencabar Sock Tao supaya menyatakan di manakah beliau mengambil UPSR dan SPM.

Hari ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu sekali lagi memuat naik hantaran memaklumkan beliau diberikan jawapan yang jelas oleh beberapa sumber.

“Beliau menduduki peperiksaan UPSR di SJK (C) On Pong Hulu Langat Selangor iaitu sebuah sekolah vernakular.

“Manakala SPM di Sekolah Menengah Chung Hua, Port Dickson Negeri Sembilan. Kurang pasti sekolah ini vernakular atau tidak kerana laman web rasminya (https://smchpd.edu.my) bukan dalam bahasa kebangsaan.

“Perbetulkan saya jika fakta ini kurang tepat, saya bersumberkan maklumat diberikan di media sosial sahaja.

“Terima kasih calon PH. Pengundi boleh buat penilaian sebaiknya,” katanya.

Sebelum ini, pembangkang memaklumkan isu pendidikan calon Perikatan Nasional (PN) dianggap selesai selepas penjelasan diberikan pihak universiti sebelum mencabar calon Kerajaan Perpaduan menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya. – 29 April, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related