◉ HEADLINES

‘Tiada yang sempurna tapi kerajaan sentiasa perbaiki keadaan’ tegas Wan Azizah

Katanya, penting untuk pengundi Kuala Kubu Baharu mengekalkan kerusi kepada calon parti kerajaan agar pembangunan yang dirancang dapat diteruskan

4:55 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan tiada sesiapa yang sempurna termasuk kerajaan sedia ada, namun akan sentiasa memperbaiki keadaan supaya lebih baik.

Isteri Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas kritikan beberapa pihak yang membangkitkan dan menyerang kelemahan kerajaan semasa.

“Tak ada sesiapa yang sempurna di dalam dunia ini.

“Kita bukan sempurna. Malah, sesiapapun tak sempurna, tapi kita cuba memperbaiki keadaan kita,” katanya kepada media selepas menghadiri pelancaran podcast Suara Perpaduan di Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor di Antara Gapi dekat sini hari ini.

Selain itu Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak turut mengajak pengundi di Kuala Kubu Baharu untuk memenangkan calon dari parti kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini.

“Penting untuk pengundi Kuala Kubu Baharu mengekalkan kerusi itu agar pembangunan yang dirancang dapat diteruskan.

“Kita minta pengundi pilih yang terbaik (supaya) kita teruskan kesinambungan kerajaan sedia ada.

“Kalau PRU (Pilihan Raya Umum) nak pilih yang lain, itu terpulang kepada mereka. Tapi, sekarang saya minta pilih apa yang sedia ada untuk meneruskan perancangan kerajaan,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon mewakili Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan satu calon Bebas. – 2 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

KLIA drivers urge MOT to intervene over new airport access charges

E-hailing and p-hailing groups say MAHB’s trial system causes delays and penalises drivers

◉ Related