HEADLINES

Akhyar Rashid alami koyakan di ubun kepala, polis giat buru suspek

Mangsa dipukul dengan cota besi boleh laras oleh dua suspek tidak dikenali yang memakai topeng muka serta pakaian serba hitam

10:58 AM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Pemain sayap Terengganu FC (TFC) Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Icon Residence, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang berusia 25 tahun itu diserang ketika turun dari kereta selepas pulang menjalani latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) kira-kira 8.30 malam.

Beliau berkata mangsa dipukul dengan cota besi boleh laras oleh dua suspek tidak dikenali yang memakai topeng muka serta pakaian serba hitam.

“Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami koyakan sepanjang empat sentimeter di ubun-ubun. Beliau terpaksa menerima empat jahitan di ubun kepala dan dua jahitan di kaki kiri. 

“Suspek melarikan diri setelah mengambil beg duit mangsa yang disimpan di dalam beg bimbit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata Akhyar yang dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah dibenarkan pulang selepas diberikan rawatan rapi.

Menurutnya, usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun, selain sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian samun yang menimpa pemain berasal dari Kedah itu.

Beliau berkata pihak kelab telah membuat laporan polis malam tadi, manakala Akhyar berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di HSNZ.

“Pihak kelab memandang serius kejadian ini … kami memohon supaya orang ramai terutama peminat bola sepak agar tidak membuat spekulasi liar bagi mengelak gangguan terhadap siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook rasmi Terengganu FC hari ini.

Mohd Sabri memohon supaya semua penyokong mendoakan kesembuhan segera buat Akhyar yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) ke TFC musim ini untuk membantu pasukan itu mengharungi Liga Malaysia, bagi membolehkan beliau kembali beraksi di padang.

“Insiden malang seumpama ini tidak pernah menimpa pemain TFC dan amat dikesali,” katanya. – 3 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

[UPDATED] LRT derailment: Loke says Ampang and Sri Petaling line to reopen June 3

Transport minister confirms track repairs will begin once derailed train is removed from Chan Sow Lin station

Related