◉ HEADLINES

Merusuh guna parang di Butterworth: Polis berkas 28 individu

Polis sedang mengesan saki baki kumpulan berkenaan, dengan punca kejadian dipercayai akibat pertengkaran dan provokasi sesama mereka

4:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis memberkas 28 lelaki warga tempatan yang terbabit dalam rusuhan bersenjatakan parang dalam kejadian di Butterworth, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, semua ahli kumpulan yang berumur antara 17 hingga 51 tahun itu, diberkas anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang hari ini.

“Pada 3 Mei 2024, pihak polis daripada Balai Polis Butterworth, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara menerima satu laporan polis berkenaan satu kejadian merusuh bersenjatakan parang oleh sekumpulan lelaki dipercayai warga tempatan di kawasan Butterworth.

“Punca kejadian disebabkan pertengkaran dan provokasi sesama mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pada 4 Mei, JSJ Pulau Pinang berjaya menangkap suspek dalam kejadian terbabit, dengan Mahkamah Majistret membenarkan semua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Pihak polis masih dalam usaha mengesan saki baki suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, iaitu merusuh menggunakan senjata,” katanya.

Menurutnya, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit, berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Nasrina Darus di talian 04 – 576 2222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Semalam, tular di media sosial video pendek berdurasi empat saat memaparkan kejadian itu.

Menerusi video itu, kelihatan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis di kawasan berkenaan. – 4 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

◉ Related