HEADLINES

Peminat terkejut, ‘tidak percaya’ bintang TikTok, Henry Moodie buat showcase percuma di Kuala Lumpur petang ini

Henry Moodie bakal jayakan showcase percuma di Level 2, Dining Terrace di The Exchange TRX, jam 5 petang hari ini

3:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rata-rata peminat Henry Moodie terkejut apabila mendapat tahu bahawa penyanyi dan bintang TikTok terkenal yang sedang meningkat naik itu berada di Malaysia untuk menjayakan showcase solonya.

Mereka bertambah teruja apabila Henry memaklumkan dia bakal menjayakan showcase secara percuma di Level 2, Dining Terrace di The Exchange TRX pada jam 5 petang ini.

“Malaysia, saya ada pengumuman untuk dibuat. Saya bakal menjayakan persembahan percuma di Kuala Lumpur pada 5 Mei, jam 5 petang. Ini adalah lokasinya (sambil menunjukkan lokasinya di poster).

“Anda tidak perlukan tiket. Ia adalah persembahan percuma. Anda hanya perlu datang ke tempat ini dan saya akan membuat persembahan untuk anda. “Terima kasih atas segala kasih sayang. Saya tidak sabar berjumpa anda secara langsung live,” katanya.

Henry yang mencetuskan fenomena menerusi lagu Drunk Text itu, membuat pengumuman tersebut menerusi video ringkas di akaun TikTok miliknya.

Pengumuman yang dibuat Henry itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di seluruh negara.
Meskipun teruja namun seolah-olah tidak percaya persembahan itu adalah percuma.

Komen seorang peminat @NorFarhannaaaaa “Dia kata show percuma, jadi adakah sebarang tiket yang perlu kita bayar?

‘Hari ini,’’ soal @RonaldoFan

Manakala @luna_irisvaloria pula kecewa kerana tidak dapat menghadirinya memandangkan dia berada di luar ibu kota.

“Saya tidak boleh pergi (sambil menyertakan emoji menangis). Saya belajar di Kelantan.
Henry Moodie yang berasal dari England dan memiliki 6.1 juta pengikut di TikTok mula meraih perhatian peminat dari golongan muda selepas aktif memuatnaik video yang mengandungi lagu-lagu cover penyanyi terkenal dunia termasuk Sam Smith.

Dia kemudian menghasilkan single pertama, You Were There For Me pada 2022, sebelum menghasilkan lagu Drunk Text (2023) yang tular dan mencetuskan fenomena di TikTok.

Single Beat Up Car yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu adalah single kelapannya selepas berjaya bergelar penyanyi rakaman. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Popular

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related