HEADLINES

Calon PN umum manifesto petang ini

Acara pelancaran manifesto itu akan dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin

11:23 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut dijangka mengumumkan manifestonya pada jam 5 petang ini.

Perkara itu tertera dalam tentatif program PN yang menyaksikan Khairul akan melancarkan manifesto berkenaan di sebuah kafe di pekan Kuala Kubu Baharu, sebelum meneruskan aktiviti dengan menyantuni pengunjung di Pasar Malam Hulu Yam Baru.

Acara pelancaran manifesto itu akan dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao mengumumkan manifestonya pada Jumaat lalu.

Sock Tao, 31, menggariskan lima inti pati dalam manifesto bagi meraih sokongan pengundi pada PRK Kuala Kubu Baharu yang bakal diadakan 11 Mei ini.

Lima tawaran itu meliputi ekonomi, kemudahan, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya serta kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.

Sementara itu, manifesto calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin mengandungi enam tawaran meliputi usaha menubuhkan hab teknologi tumbuhan herba bagi tujuan perubatan tradisional, selain menggalakkan warga Kuala Kubu Baharu terlibat dengan aktiviti ekonomi ekopelancongan.

Ia turut meliputi pembangunan infrastruktur kemudahan awam, bangunan kerajaan, balai polis serta sistem perparitan dalam keadaan baik dan selamat.

Calon bebas, Nyau Ke Xin pula menawarkan 20 manifesto bagi menawan hati pengundi di kawasan berkenaan.

Antara tawaran itu ialah memastikan laluan dan lampu jalan berada dalam keadaan baik, mewujudkan pengangkutan khas untuk warga emas ke hospital, serta mewujudkan pusat sehenti untuk pembayaran bil utiliti.

Tawaran lain Ke Xin ialah menawarkan khidmat van jenazah percuma, menjadikan Kuala Kubu Baharu sebagai destinasi pelancongan, mewujudkan perniagaan yang dapat menjana pendapatan penduduk serta menubuhkan jawatankuasa khas bagi pembasmian miskin tegar. – 6 Mei,2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related