HEADLINES

Polis tahan lelaki berusia 20-an disyaki simbah asid terhadap Faisal Halim

PDRM telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama dua hari sehingga esok di Mahkamah Petaling Jaya

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai terlibat kes menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai perkara itu.

Menurut beliau, suspek ditahan di Pandan Indah.

Suspek simbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim direman dua hari sehingga esok di Mahkamah Petaling Jaya – Gambar ihsan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, 6 Mei, 2024

“Kita telah mendapatkan tahanan reman terhadap suspek selama dua hari sehingga esok di Mahkamah Petaling Jaya. Buat masa ini kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal),” katanya.

Hussein berkata, beberapa saksi akan dipanggil hari ini bagi melengkap siasatan polis.

Semalam Scoop melaporkan, Faisal cedera disimbah cecair dipercayai asid ketika pemain bola sepak kebangsaan itu berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ia merupakan kejadian kedua melibatkan pemain bola sepak negara dengan kes pertama berlaku ke atas pemain Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, yang cedera di kepala apabila disamun di Kuala Terengganu.

Pemain kelahiran Kedah itu kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri selain menanggung kerugian hampir RM5,000. – 6 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related