HEADLINES

Pokok tumbang berhampiran Hotel Concorde: Seorang terkorban, 17 kenderaan terjejas

Pengendali rel Rapid KL mengesahkan kejadian itu dalam pemakluman di Facebook dan memberitahu berlaku kelewatan perkhidmatan antara stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan.

3:37 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Hujan lebat sejak jam dua petang tadi menyebabkan sebatang pokok di Jalan Sultan Ismail berhampiran Hotel Concorde dekat sini tumbang dan menghempap beberapa buah kenderaan.

Dalam video dan gambar yang dikongsi di media sosial, ia turut menjejaskan landasan Monorel KL berhampiran hotel berkenaan.

Pengendali rel Rapid KL mengesahkan kejadian itu dalam pemakluman di Facebook dan memberitahu berlaku kelewatan perkhidmatan antara stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan.

Pokok tumbang itu turut menjejaskan landasan Monorel KL berhampiran hotel berkenaan serta merosakkan sebuah perhentian di tepi jalan – Alif Omar/Scoop, 7 Mei, 2024

Dalam pada itu, kakitangan di Hotel Concorde terutama pengawal keselamatan yang berada di luar hotel bertindak pantas membantu menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalam kenderaan terlibat.

Seorang kakitangan yang enggan namanya didedahkan berkata, pengawal keselamatan bersama orang awam lain turut membantu mengawal aliran trafik berhampiran kawasan kejadian.

Dia memberitahu kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang namun ia tidak menjejaskan kawasan hotel dan kenderaan yang diletakkan di kawasan valet.

Operasi hari ini disertai oleh pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota lain-lain pangkat – Alif Omar/Scoop, 7 Mei, 2024

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan terdapat dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota.

Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, M. Fatta M. Amin berkata, mangsa pertama seorang lelaki berusia 47 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan manakala mangsa kedua lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 petang seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan terdapat dua mangsa telah berjaya dikeluarkan – Alif Omar/Scoop, 7 Mei, 2024

Keluaran pasukan operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota lain-lain pangkat.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel di sebelah atas telah dihalang dengan dahan-dahan pokok. Insiden tersebut turut melibatkan kerosakan fasaliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan,” katanya. – 7 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related