HEADLINES

Berpada-pada beri sokongan, jangan keterlaluan: Fahmi beri nasihat pada peminat bola sepak

Fahmi turut mengingatkan para peminat bola sepak supaya tidak melakukan sebarang tindakan luar batas undang-undang

4:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Peminat bola sepak dinasihat sentiasa bersederhana dan tidak keterlaluan dalam menyatakan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil ketika menyatakannya berkata, ia bagi mengelakkan kejadian tidak diingini termasuk kepada pemain.

“Sebagai penggemar dan peminat bola sepak tanah air, saya harap netizen kita berpada-pada dalam menyatakan sokongan atau sentimen… janganlah terjadi seperti bibit-bibit yang kita saksikan sekarang.

“Jangan melakukan sebarang tindakan luar daripada batas undang-undang.

“Kita nak tengok good match, kita tak nak apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku termasuk kepada para pemain,” katanya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Fahmi turut menyatakan setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang laporan untuk menutup akaun media sosial yang didakwa membibitkan sentimen kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.

“Setakat ini, saya tidak menerima laporan daripada MCMC. Sekiranya PDRM ada memberi sebarang permohonan supaya tindakan diambil maka MCMC bersedia untuk membantu dalam urusan tersebut.

“Ini termasuk permohonan penurunan take down request (penutupan akaun media sosial sebar kebencian),” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis mengesan terdapat beberapa akaun media sosial yang didakwa menyebarkan elemen kebencian terhadap bintang bola sepak tempatan.

Perkara ini disiasat susulan serangan jenayah terhadap dua pemain kebangsaan iaitu Faisal Halim yang disimbah asid serta Akhyar Rashid yang disamun pada minggu lalu.

Terbaharu, pemain JDT, Safiq Rahim menjadi sasaran terbaharu selepas cermin keretanya dipecahkan penjenayah malam tadi. – 8 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related