HEADLINES

PRK KKB: Calon PN yakin peratusan keluar mengundi lebih tinggi berbanding PRN

Keyakinan itu berdasarkan pemerhatian dan tinjauannya pagi ini yang menunjukkan kehadiran pengundi memberangsangkan

9:51 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut optimis peratusan keluar mengundi lebih besar untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu berkata, keyakinan itu berdasarkan pemerhatian dan tinjauannya pagi ini yang menunjukkan kehadiran pengundi memberangsangkan.

“Ya, itu (peratusan keluar mengundi yang tinggi) kita harapkan. Ia harus ada peningkatan sedikit berbanding sekitar 67 peratus pada PRN (Selangor), tahun lalu.

“Kita harapkan peratusan mengundi lebih besar kali ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali di sini hari ini.

Calon PN, PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut (kiri) sempat beramah mesra dengan pengundi dan meninjau suasana sekitar pusat mengundi di SK Bandar Baru Batang Kali di sini, pagi ini. – Gambar Riduan Rizal Ahmad, 11 Mei, 2024

Terdahulu, Khairul Azhari, 54, diiringi empat pengawal peribadi tiba di pusat pengundian berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Khairul Azhari mengakui beliau berpuas hati dengan kehadiran pengundi ke pusat mengundi berkenaan sejurus selepas dibuka kepada umum.

“Alhamdulillah saya lihat agak menyeronokkan sebab ramai pengundi datang ke pusat mengundi. Saya harapkan semua pengundi segera keluar, takut hujan sebelah petang nanti dan sebagainya.

Kakitangan SPR tekun menjalankan tanggungjawab memastikan perjalanan proses mengundi sepanjang PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini lancar. – Gambar Riduan Rizal Ahmad, 11 Mei, 2024

“Saya mohon pengundi boleh keluar beramai-ramai dan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Belum sejam pusat mengundi dibuka tetapi nampak agak ramai, terutama di saluran tiga. (Pengundi) tak putus-putus berbaris, jadi alhamdulillah, petanda baik untuk pengundi di sini,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan seramai 39,362 pengundi akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu.

Orang ramai mula membanjiri Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu di sini, hari ini. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 11 Mei, 2024

Kesemua 18 pusat mengundi yang mengandungi 74 tempat mengundi atau saluran, akan dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang, kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 orang pengundi, ditutup 2 petang.

Proses penjumlahan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu, 39,362 ialah pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas). – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related