HEADLINES

Kabinet tidak pernah bincang buka kemasukan bukan Bumiputera ke UiTM

Isu tersebut ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat kementerian mahupun Kabinet.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, isu tersebut ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM.

Sekali gus katanya, ia menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

“Seperti kenyataan saya pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry berkata, KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM akan melancarkan kempen bantahan berkenaan isu membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelajar bukan Bumiputera, esok.

Gesaan itu susulan rayuan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) minggu lalu agar UiTM mengutamakan kepentingan kesihatan awam dengan membuka sementara program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelajar bukan Bumiputera bagi mengatasi kekurangan pakar dalam bidang tersebut.

MPP dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua 214 ahlinya dengan tegas mempertahan objektif penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi untuk orang Melayu, Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. – 15 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related