HEADLINES

Memasak di stesen minyak Genting Highlands: Polis buka kertas siasatan

Ia dipercayai dilakukan sekumpulan pemilik kenderaan sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat

10:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis telah membuka kertas siasatan mengenai tindakan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang, seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung klip video berhubung aktiviti berkenaan.

Menurutnya, ia dipercayai dilakukan sekumpulan pemilik kenderaan sehingga menimbulkan kebimbangan dan kegusaran kepada masyarakat.

“Hasil siasatan mendapati, klip video tersebut telah tular melalui laman sosial X dan dimuat naik pada 13 Mei lalu. Klip video berdurasi lebih kurang 50 saat itu memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di kawasan stesen minyak berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan mengambil tindakan tegas dan akan membuat operasi besepadu di sekitar lokasi stesen minyak berkenaan khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

“Ini kerana kita mendapat maklumat dan aduan lokasi berkenaan sering menjadi tumpuan pemilik-pemilik kenderaan berkumpul dan melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Terdahulu Scoop melaporkan mengenai tindakan sekumpulan individu yang memasak menggunakan dapur gas mini di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands yang mengundang kemarahan ramai.

Ia bukan sahaja mengancam keselamatan ramai malah melanggar prosedur operasi standard (SOP) stesen minyak. – 15 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

My candidacy not because of ‘close ties’ with Syed Saddiq: Abe Lim

Muda’s Bandar Utama candidate Abe Lim has brushed aside speculation that she was fielded as a candidate due to rumours of her “close ties” with party president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related