◉ HEADLINES

190 rumah, 148 kereta rosak akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights

Rumah dan kenderaan terbabit dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran dan haba panas

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 190 unit rumah dilaporan mengalami kerosakan dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya setakat 3.40 petang tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Razali Wan Ismail, ia juga mengakibatkan 148 kereta dan 11 motosikal rosak.

Rumah dan kenderaan terbabit, katanya dikenal pasti mengalami pelbagai kerosakan akibat kebakaran dan haba panas.

“Kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan secara menyeluruh sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, seramai 112 mangsa diselamatkan termasuk 63 orang dihantar ke hospital dengan mangsa adalah terdiri daripada penduduk Taman Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baharu

Timbalan Ketua Polis Selangor, Mohd Zaini Abu Hassan berkata selain 63 mangsa yang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut akibat melecur dan masalah pernafasan serta luka, 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

Sebahagian penduduk yang mendapatkan rawatan sementara susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, hari ini. – Gambar Bernama, 1 April, 2025

Kuil berkenaan serta tiga masjid merupakan empat rumah ibadat yang menjadi tempat perlindungan dan rawatan sementara kepada mangsa yang terjejas susulan insiden kebakaran itu.

Tiga masjid berkenaan ialah Masjid Putra Heights dan Masjid Nurul Iman yang diaktifkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) selain Masjid Al-Falah USJ 9 yang turut ditawarkan oleh pengurusan premis itu untuk dijadikan pusat perlindungan kepada mangsa.

Kesemua empat rumah ibadat itu terletak dalam radius tidak lebih 5 kilometer dari Jalan Putra Harmoni, lokasi kejadian yang dilaporkan berlaku kebakaran saluran gas sepanjang kira-kira 500 meter itu. – 1 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

◉ Related