HEADLINES

Serangan balai polis: Pemergian Ahmad Azza Fahmi tidak gugat semangat abang dalam polis

Ahmad Azza Fitri yang bertugas di Balai Polis Pulau Gaya, Sabah, sebaliknya semakin bersemangat untuk menabur bakti mempertahankan keselamatan negara

5:20 PM MYT

 

TAPAH – Walaupun sedih kehilangan adik kandung yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam, ia sama sekali tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ahmad Azza Fitri, 24, yang bertugas di Balai Polis Pulau Gaya, Sabah, sebaliknya berkata dia kini semakin bersemangat untuk menabur bakti mempertahankan keselamatan negara serta melindungi masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman.

“Memang sedih lebih-lebih lagi hanya kami berdua lelaki dalam lapan adik-beradik dan sama-sama jadi polis. Sejak dari awal lagi saya berminat untuk jadi polis sebelum arwah adik ikut jejak langkah saya.

“Tiba-tiba berlaku kejadian tidak diduga ini. Sejurus mengetahui kejadian yang menimpa arwah saya terus ambil penerbangan dan tiba di kampung petang semalam,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Poh Tambahan di sini hari ini.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata dia dan arwah adiknya, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, sangat rapat kerana sejak kecil sering bermain bersama malah mempunyai rakan yang sama di kampung.

Menurut Ahmad Azza Fitri arwah adiknya itu sangat teruja dengan tugasnya sebagai polis dan setiap hari akan memaklumkan rutin kerjanya dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

“Nampaknya, selepas ini saya tiada lagi kawan bergaduh dan teman untuk diajak ke mana-mana. Kali terakhir kami berhubung tiga hari lepas menerusi panggilan video, ketika itu kami sembang dan bergurau sahaja.

“Kami sempat berjumpa semasa Ramadan lepas dan merancang untuk sama-sama pulang ke kampung pada bulan depan namun tidak kesampaian. Ini sebenarnya yang saya takut apabila berkerja jauh daripada keluarga,” katanya.

Menurutnya arwah sering berhubung dengan keluarga menerusi WhatsApp dan mesej terakhir yang dihantar adalah ucapan Hari Guru buat bapa mereka yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah, Sungkai.

Ahmad Azza Fahmi dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga mengesahkan seorang suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden terbabit dipercayai ahli Jemaah Islamiyah. – 18 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related