HEADLINES

Sheriff raih kutipan RM60.5 juta dalam sebulan, atasi rekod Polis Evo 3

Syafiq Yusof juga berharap ramai penonton di Indonesia akan memberikan sokongan kepada Sheriff apabila ditayangkan bermula 23 Mei ini

5:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengarah filem, Syafiq Yusof boleh tersenyum bangga apabila filem aksi kepolisian arahan terbaharunya, Sheriff berjaya meraih kutipan RM60.5 juta dalam tempoh sebulan ditayangkan sejak 18 April lalu.

Ia sekali gus memecah rekod kutipan filem Polis Evo 3 yang juga arahannya.

Filem Polis Evo 3 yang ditayangkan pada tahun lepas mengaut kutipan RM54.1 juta dan berada di tangga kedua di belakang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abangnya, Syamsul Yusof (kutipan RM94.7 juta pada 2022) dalam senarai filem tempatan yang berjaya mencapai kutipan tertinggi sepanjang zaman.

Dengan pencapaian itu, Sheriff berada di tangga kedua manakala Polis Evo 3 jatuh di tempat ketiga di dalam senarai tersebut.

Filem Munafik 2 yang juga arahan Syamsul Yusof dengan kutipan RM48 juta pada 2018 pula turun di tangga keempat disusuli dengan filem Hantu Kak Limah arahan Allahyarham Mamat Khalid di tangga kelima dengan kutipan RM36.4 juta pada 2018.

Usaha Scoop untuk menghubungi Syafiq bagi mendapatkan kenyataan lanjut mengenai pencapaian Sheriff gagal kerana kesibukannya dengan penggambaran filem terbaharu.

Mengenai Sheriff yang bakal ditayangkan di pawagam Indonesia bermula 23 Mei ini, Syafiq berharap, ramai penonton di Indonesia akan memberikan sokongan dan menonton filem tersebut.

Syafiq Yusof berharap penonton Indonesia akan memberi sokongan apabila Sheriff mula ditayangkan di negara itu pada 23 Mei ini. – Gambar tangkap layar, 19 Mei, 2024

“Untuk teman-teman di Indonesia yang saya kasihi. Mohon ditonton filem Sheriff di pawagam CGV. Ini karya Ikhlas dari saya buat bumi Nusantara.

“Impian saya adalah untuk idola saya, Joko Anwar agar dapat menonton filem ini. Salam hormat dari warga serumpun,” katanya dalam satu ciapan di X.

Ciapan Syafiq itu berjaya menarik perhatian Joko yang kemudian membalasnya: “Nampak hebat! Akan segera cuba layan di sinema Indonesia, Syafiq!”

Sheriff juga bakal ditayangkan di Hong Kong pada 6 Jun ini seperti dimaklumkan penerbit Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam secara eksklusif kepada Scoop. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related