HEADLINES

Kehilangan besar tiga tokoh seni Malaysia amat mengejutkan: Presiden Karyawan

Jasa Ibnor Riza, Lewis, Datuk M Daud Kilau amat besar buat industri seni negara

8:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden  Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez menyifatkan kehilangan tiga insan seni negara iaitu Ibnor Riza, Lewis Pragasam dan Datuk M Daud Kilau dalam waktu terdekat sangat mengejutkan.

Allahyarham Ibnor Riza menghembuskan nafas terakhir akibat barah Limfoma. – Gambar Facebook, 18 Disember, 2023

Menurut Freddie, ketiga-tiga insan seni itu sememangnya mempunyai jasa yang amat besar buat industri seni negara.

“Lagu-lagu malar segar mereka telah menghiburkan kita selama berdekad-dekad.

“Mereka ini semua adalah ahli aktif persatuan yang sering turun ke aktiviti persatuan sepanjang hayat mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mendiang Lewis Pragasam meninggal dunia akibat serangan jantung. – Gambar Facebook, 18 Disember, 2023

Katanya, pihak Karyawan turut membantu dengan pelbagai cara yang termampu apabila mereka mengalamai keuzuran.

“Terima kasih Ibnor, Lewis dan Datuk M Daud Kilau,” katanya.

Allahyarham Datuk M Daud Kilau meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit. – Gambar Facebook, 18 Disember, 2023

Terdahulu Ibnor Riza disahkan meninggal dunia semalam akibat kanser limfoma manakala Lewis pula menghembuskan nafas terakhir jam 3 pagi tadi akibat serangan jantung.

M Duad Kilau pula meninggal dunia petang tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit. – 18 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related