HEADLINES

#Blockout2024: Elak tindakan ekstrem, solidariti secara berakhlak

Na'im berkata, apa-apa tindakan boleh mengundang keresahan awam, perlu dielakkan sama sekali

5:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyeru semua pihak tidak mengambil tindakan ekstrem kepada mana-mana pihak dalam menyatakan solidariti kepada Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan itu perlu dielakkan apatah ia membabitkan fitnah, mencaci, maki hamun dan ugutan.

Katanya, dalam isu berkenaan, beliau percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin, tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan dilakukan pihak Zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan.

“Atas asas kesatuan dan ihsan, semua pihak diseru bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri, termasuk mendoakan kekuatan serta kesejahteraan kepada negara berkenaan.

“Bagaimanapun, apa jua tindakan diambil, termasuk kempen solidariti kepada umat Palestin perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, semua pihak turut diseru sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat.

“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam, perlu dielakkan sama sekali,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu, wujud kempen Gerakan #Blockout2024 dilancarkan netizen Malaysia di media sosial, sebagai tindakan memboikot artis, selebriti atau pempengaruh tempatan yang mempromosi atau menggunakan produk mempunyai kaitan dengan Israel.

Malah, kempen itu menggesa netizen supaya tidak terus menyokong dan berhenti mengikuti media sosial artis, selebriti atau pempengaruh yang membisu mengenai kekejaman tentera Zionis.

Ia sebagai menunjukkan sokongan dan solidariti sepenuhnya rakyat Malaysia kepada negara serta rakyat Palestin, selain pengajaran atau desakan kepada golongan berpengaruh itu turut menentang kekejaman Israel.

Kempen itu bermula dalam kalangan netizen di Amerika Syarikat (AS), sebelum ia turut dilakukan pengguna platform terbabit di Malaysia.

Menerusi kempen itu, wujud senarai nama artis, selebriti atau pempengaruh yang perlu diboikot netizen.

Peperangan antara Palestin dengan Israel tercetus sejak 7 Oktober tahun lalu, dengan menyaksikan kemusnahan besar-besaran, terutama di Gaza.

Serangan itu mengakibatkan 35,386 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, dengan 79,366 individu mengalami kecederaan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan, majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. – 19 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Related