◉ HEADLINES

Warga emas meninggal dunia dalam pesawat SQ321 disahkan pengarah teater muzikal Britain, Geoffrey Kitchen

Kitchen dan isterinya, Linda merancang bercuti selama enam minggu ke Asia Tenggara

9:04 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki warga emas dari England yang meninggal dunia dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) penerbangan SQ321 dari London ke Singapura yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK) petang semalam disahkan sebagai Geoffrey Kitchen.

Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Kittipong Kittikachorn mengesahkan pengarah teater muzikal berusia 73 tahun dari Gloucestershire itu meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut laporan portal Dailymail, isteri Kitchen, Linda antara lebih 70 mangsa yang cedera dalam kejadian itu dan sedang menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun keadaan Linda masih belum diketahui setakat ini.

Berita pemergian Kitchen amat mengejutkan keluarga dan rakan-rakannya yang menyifatkan pengendali kumpulan Teater Muzikal Thornbury itu sebagai seorang yang aktif dan baik hati.

Kitchen dan isterinya merancang untuk bercuti selama enam minggu ke Asia Tenggara, Indonesia dan Australia sebelum pesawat dinaiki mereka berdepan gelora udara yang teruk.

Pesawat berkenaan menjunam pada ketinggian 6,000 kaki dalam masa lima minit sekali gus menimbulkan panik dalam kalangan penumpang sehingga memaksa pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok.

Pesawat yang membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal itu menjunam pada ketinggian 6,000 kaki dalam masa lima minit, menyebabkan seorang meninggal dunia, manakala 71 mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan, di mana enam daripadanya cedera parah. – Gambar media sosial, 22 Mei, 2024

Penumpang menceritakan detik cemas dalam pesawat kerana tiada amaran untuk memakai tali pinggang dikeluarkan sebelum pesawat tiba-tiba menjunam ketika anak kapal sedang menghidangkan sarapan pagi.

Pihak berkuasa Thailand berkata, daripada 211 penumpang dan 18 anak kapal, 71 mangsa dihantar untuk rawatan, enam daripadanya cedera parah, dengan kebanyakannya mengalami kecederaan di kepala kerana tercampak ke atas siling pesawat.

Jiran Kitchen memberitahu MailOnline bahawa warga emas itu mengalami masalah jantung sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah memasang stent untuk melebarkan arteri yang menyempit atau tersumbat.

Rakan rapat mangsa, Steve Dimond, 73, yang tinggal beberapa pintu dari kediaman Kitchen di Thornbury berkata: ‘Anda tidak akan tahu, dia berjalan seperti biasa dan sangat cergas serta aktif.

‘Dia terlibat dengan drama amatur dan membantu saya membuat pemandangan untuk produksi baharu kami.

‘Dia juga seorang penyanyi dan pelakon yang bagus, dia dalam jawatankuasa, dia amat menyukai teater muzikal.

‘Dia dan isterinya suka muzik live, semuanya termasuk folk jazz. Dia mengenali isterinya sejak mereka remaja, mereka adalah pasangan sejati,” katanya. – 25 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Iran women’s football team may stay longer in Malaysia as AFC seeks safe options

The Asian Football Confederation says the Iran women’s national team could remain in Malaysia temporarily while authorities explore safe arrangements, after concerns over the players’ safety following the 2026 AFC Women’s Asian Cup in Australia

[TONTON] Mahal untuk dikendalikan, namun berbaloi untuk dinaiki: penjelasan mengenai perkhidmatan rel

'Jumlah penumpang yang tinggi, tambang rendah dan rangkaian yang terus berkembang,' demikian pandangan pakar rel mengenai sistem perkhidmatan rel negara

◉ Related