HEADLINES

Anak MB Perlis akan didakwa esok

Turut didakwa ialah bekas Setiausaha Politik MB

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Anak Menteri Besar Perlis akan didakwa di mahkamah berkaitan kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 esok.

Sumber memberitahu Scoop, beliau akan didakwa mengikut seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Dia (anak Menteri Besar Perlis) akan didakwa di mahkamah pada Khamis (esok). Maklumat lanjut mengenai pertuduhan akan dimaklumkan pihak SPRM nanti,” katanya.

Turut didakwa ialah bekas Setiausaha Politik MB.

Pada 24 April lalu, SPRM menahan reman enam orang termasuk anak lelaki Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berhubung siasatan kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Turut ditahan ialah dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala yang lain adalah kontraktor syarikat.

Pada 30 April lalu, SPRM turut mengambil keterangan daripada Shukri berhubung siasatan salah guna kuasa.

Dalam pada itu, menerusi jemputan liputan mahkamah oleh SPRM kepada media, agensi itu memaklumkan sudah mendapat izin untuk mendakwa seorang pemilik syarikat dan seorang bekas setiausaha politik esok.

Pemilik syarikat berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis pada jam 8 pagi manakala bekas setiausaha politik itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 8.30 pagi. – 22 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related