HEADLINES

Dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TLDM berkata, pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut

4:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dua Pegawai Memerintah Skuadron Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikenal pasti antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Lumut, Perak, pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan media mengesahkan 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec telah terkorban.

Nama-nama mereka adalah seperti berikut:
a. HOM (M503-3) – 4 orang kru dan 3 penumpang:
(1) Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.
(2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.
(3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi.
(4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun.
(5) Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy (penumpang).
(6) Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar (penumpang).
(7) Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (penumpang).

b. Fennec (M502-6) – 3 orang kru:
(1) Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
(2) Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan.
(3) Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

TLDM berkata, pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

“TLDM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Scoop berkata, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat.

Berdasarkan maklumat di Pusat Strategi Maritim dan Sejarah (Pusmas) TLDM, Muhammad Firdaus dilantik sebagai Pegawai Memerintah Skuadron 503 pada 15 Disember lalu.

Muhammad Amir pula dilantik Pegawai Memerintah Skuadron 502 pada 26 Julai 2022.

Dalam kenyataan sebelum ini, TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian terbabit.

Terdahulu, Scoop melaporkan kedua-dua helikopter itu dilaporkan berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi tadi bagi menjalani latihan Sambutan Hari Armada Laut yang akan disambut pada awal bulan depan. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

Related