HEADLINES

Agong berkenan santuni duyufurrahman negara

Ini merupakan majlis mengucap selamat tinggal kepada bakal jemaah haji yang pertama oleh Sultan Ibrahim, sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

12:02 PM MYT

 

SEPANG — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci bagi musim haji 1445H/2024 hari ini.

Turut berangkat mengiringi baginda ke majlis itu anakanda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Kompleks Haji Sepang, Movenpick di sini pada 10 pagi disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Ini merupakan majlis mengucap selamat tinggal kepada bakal jemaah haji yang pertama oleh Sultan Ibrahim, sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan doa oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan, bagi memohon agar perjalanan bakal jemaah haji diberkati dan dipermudah segala urusan sepanjang berada di Tanah Suci.

Laungan azan kemudiannya dikumandangkan pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) Mohd Shafiq Shawal sebagai memuji kebesaran Allah yang menerima kumpulan bakal haji tahun ini sebagai ‘tetamu-Nya’.

Sultan Ibrahim turut berkenan menyantuni bakal jemaah haji, sambil mengucapkan selamat jalan kepada 282 bakal jemaah haji yang akan berlepas pada 1.30 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1).

Bakal jemaah haji turut mengambil kesempatan berswafoto dengan Seri Paduka Baginda sebelum semua bergerak ke KLIA dengan menaiki ke KLIA Terminal 1.

Mereka akan menaiki pesawat Amal by Malaysia Airlines (MH 8122), penyedia penerbangan sewa khas untuk haji dan umrah ke Jeddah, Arab Saudi dan dijangka tiba 5.25 petang (waktu Arab Saudi).

Turut hadir Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Al-Sulaim, Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman. 

Seramai lebih 16,000 orang jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di tanah suci Madinah dan Makkah. 

Terdapat 100 penerbangan sewa khas bagi musim haji 1445H/2024 yang telah bermula pada 9 Mei dan penerbangan akhir dijadualkan pada 9 Jun. – 26 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related