HEADLINES

Pindaan pemberian kerakyatan: ‘Ada had perlu dipatuhi, kerajaan akan beri penerangan kepada Ahli Parlimen’

Manakala, ketika ditanya keputusan untuk memaparkan nama Ahli Parlimen yang ‘ponteng’ sidang Dewan Rakyat di laman sesawang, Anwar berkata, ia diserahkan kepada Speaker

1:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat had tertentu perlu dipatuhi kerajaan berhubung pindaan Perlembagaan berkaitan pemberian kerakyatan, selepas ia dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri menegaskan, berikutan itu, pihaknya akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen kerajaan susulan kegelisahan mereka berkaitan cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pemberian kerakyatan.

“Sebarang pindaan Perlembagaan yang mengubah isu kewarganegaraan perlu diselesaikan dengan Majlis Raja-Raja.

“Persidangan Raja-Raja sudah mengambil pendirian tertentu. Oleh itu kita perlu menghormatinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Malaysia Digital Expo (MDX2023) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee memberi amaran bahawa mungkin ada beberapa penyokong kerajaan, bertindak bertentangan daripada ketua whip masing-masing di Dewan Rakyat, jika pindaan terbabit tidak ditangani bersungguh-sungguh.

Difahamkan, beliau merujuk kepada lapan cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan kerakyatan.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jemaah Menteri akan membincangkan pindaan Perlembagaan yang dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja, disusuli pembentukan draf pindaan sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keputusan untuk memaparkan nama Ahli Parlimen yang sengaja tidak menghadiri sidang Parlimen di laman sesawang, Perdana Menteri berkata, perkara berkenaan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Itu kita serahkan kepada budi bicara speaker,” katanya. – 6 November, 2023

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Related