◉ HEADLINES

MRT Laluan Putrajaya terganggu akibat masalah sistem komunikasi

Rapid Rail turut memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang

9:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sedang mengalami gangguan akibat masalah sistem komunikasi.

Menurut Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), juruteranya kini sedang giat mengenal pasti punca yang menyebabkan gangguan ini dan sudah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi laluan tren perantara bagi Stesen Kwasa Damansara – Stesen Chan Sow Lin serta bus perantara bagi Stesen Chan Sow Lin – Stesen Putrajaya Sentral.

Rapid Rail turut memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang.

“Pengguna yang ingin membatalkan perjalanan boleh mendapatkan kupon perjalanan sehala di kaunter khidmat pelanggan dan perlu digunakan dalam masa lima hari bermula hari ini,’’ katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna mengeluh kerana berdepan dengan kelewatan pada waktu puncak, iaitu ketika ramai yang mahu pulang ke rumah.

Gangguan berkenaan juga, kata mereka mengakibatkan tren yang mereka naiki berhenti lebih lama di platform.

Dalam pada itu, ada pengguna perkhidmatan itu yang memaklumkan mereka sudah berada hampir sejam di dalam tren yang tidak bergerak.

Ada juga yang memuatnaik gambar tempoh perjalanan ke destinasi mereka hampir mencecah lebih 40 minit. – 31 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Cheng Hoe urges realistic expectations as Harimau face uphill Asean Cup challenge

With just 10 days to prepare a largely inexperienced squad, interim coach Tan Cheng Hoe says building chemistry and competitiveness will be Malaysia's biggest priorities ahead of the 2026 Hyundai Asean Cup

◉ Related