HEADLINES

Dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Tanjung Malim

Suspek merupakan dua lelaki tempatan yang mempunyai rekod jenayah lampau dan salah seorangnya mempunyai 23 rekod jenayah serta enam rekod dikehendaki polis

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua lelaki, dengan salah seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah serta enam rekod ‘wanted’ atau dikehendaki polis, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di hentian sebelah Tanjung Malim arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku pada jam 11.32 malam ketika sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak mengekori sebuah kereta jenis Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, apabila menyedari telah diekori, suspek bertindak melarikan diri dan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke arah utara.

“Pasukan polis telah mengejar suspek sehingga masuk ke hentian sebelah Tanjung Malim arah utara dan berjaya menghentikan kenderaan suspek. Namun suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Pihak polis telah membalas tembakan sehingga keadaan selamat. Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek di dalam kenderaan itu dalam keadaan berlumuran darah dan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek merupakan dua lelaki tempatan. – Abdul Razak Latif/Scoop, 2 Jun, 2024

Beliau menambah, suspek merupakan dua lelaki tempatan yang mempunyai rekod jenayah lampau dan salah seorangnya mempunyai 23 rekod jenayah serta enam rekod dikehendaki polis.

Katanya, pihak polis masih mengenal pasti identiti seorang lagi suspek.

“Kita telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu dengan pengadu seorang anggota polis yang bertugas di Pusat Kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya. – 2 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

Related