◉ HEADLINES

Tiada unsur sabotaj, khianat dalam insiden SUV rempuh kawasan gereja: Polis

Polis sedang mengesan dan akan merakam keterangan saksi untuk membantu siasatan berhubung laporan kejadian yang diterimanya pada 1.23 pagi Sabtu lepas

7:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj atau khianat dalam insiden pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang didakwa merempuh kawasan parkir sebuah gereja di Taman Plaza, Petaling Jaya Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M Hussin Sollehuddin Zolkifly bagaimanapun berkata sampel darah pemandu berkenaan tetap diambil dan diserahkan ke Jabatan Kimia untuk ujian alkohol dan dadah.

Beliau berkata pihaknya kini sedang mengesan dan akan merakam keterangan saksi untuk membantu siasatan berhubung laporan kejadian yang diterimanya pada 1.23 pagi Sabtu lepas.

“Semakan mendapati kemalangan berlaku pada 11.46 malam ketika seorang pemandu lelaki berumur 30-an itu dalam perjalanan dari Subang Jaya ke Kelana Jaya. Pemandu menyatakan tersalah jalan dan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas masuk ke kawasan parkir gereja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian itu menyebabkan kerosakan harta banda di pekarangan gereja, manakala pemandu SUV itu mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau berada di lokasi kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Hisyam Azih melalui talian 017-7378704 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – 3 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related