◉ HEADLINES

Lori minyak sawit terbalik, trafik di Lebuh Raya PLUS sesak 25km

Sehingga jam 7.54 malam tadi, kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di Lebuh Raya PLUS arah Utara dari Pedas ke Senawang masih dijalankan

8:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki yang membawa minyak kelapa sawit dengan lima kereta di Kilometer (km) 243, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara, dekat Senawang tengah hari tadi, masih mengakibatkan kesesakan sehingga sekarang dari Pedas Ke Senawang.

PLUS Malaysia Berhad menerusi akaun media sosialnya, memaklumkan sehingga jam 7.54 malam tadi, kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan masih dijalankan.

Ia juga mengakibatkan kesesakan teruk sehingga 25km disebabkan kerja-kerja mengalihkan lori tangki itu yang terbabas hingga melanggar pembahagi jalan.

“Lorong kanan arah Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan. Trafik sesak 25km arah utara. Lorong kecemasan boleh dilalui di lokasi kemalangan. Sila rancang perjalanan anda dan pandu berhati-hati,’’ kata Plus dalam aplikasi X.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima laporan kemalangan pada 12.29 tengahari dan setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki berusia 30-an yang tersepit di bahagian pemandu, namun dia berjaya dikeluarkan oleh pasukannya.

Dalam pada itu, pengguna yang melalui laluan berkenaan menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan kesesakan sehingga hampir tiga jam.

Seorang lelaki berusia 30-an tersepit di bahagian pemandu, namun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. – Gambar ihsan Bomba, 6 Jun, 2024

“Ini adalah pengalaman kali pertama tersangkut dalam kesesakan hampir tiga jam. Diharapkan semua pemandu dan penumpang akan berdepan kejadian sama masih berada dalam keadaan baik,’’ kata Sz Siew Yin menerusi akaun facebooknya.

Manakala Urban Ai pula meluahkan kebimbangan kerana minyak keretanya sudah hampir habis selepas tiga jam tersangkut dalam kesesakan tersebut.

Ada pula yang mendakwa lori tidak memberikan kerjasama kepada pemandu kereta untuk menggunakan lorong kecemasan yang diaktifkan susulan kemalangan itu.

“Pemandu lori sengaja menyekat laluan kecemasan dengan menghimpit ke sebelah kiri,’’ kata Cikgu Siti. – 6 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related