HEADLINES

Ada yang masih ulang ‘hari ini menang, esok minyak turun’? Kena faham itu senario 2008: Anwar

Perdana Menteri berkata, ketika itu harga minyak negara tinggi berbanding negara-negara pengeluar minyak lain khususnya Arab Saudi

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang berterusan menyindirnya dengan ayat ‘hari ini menang, esok minyak turun’ kerana ia diucapkan beliau mengikut harga minyak pada 2008 dan tidak sepatutnya diguna pakai dengan senario semasa 2024.

Malah Perdana Menteri berkata, ketika itu harga minyak negara tinggi berbanding negara-negara pengeluar minyak lain khususnya Arab Saudi.

“Saudi (Arab Saudi) sekitar 50 sen (pada 2008) dan kita (Malaysia) RM1.80. Sekarang kita RM2.05 (seliter) dan Arab Saudi, 2.95. Pengeluar minyak yang murah ini hanya di Brunei, (tetapi) kos sudah bertambah.

“Jadi bagaimana boleh kata nak relate (kaitkan) kos pada 2008 kepada 2024? Ini asas ekonomi. Itu (hari ini menang, esok minyak turun) sahaja yang diulang-ulang. Itu saya sebut pada 2008,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Beliau merujuk kepada kritikan ramai pihak terhadap tindakan kerajaan menetapkan harga runcit diesel di semua stesen minyak di Semenanjung kepada RM3.35 seliter sebagai sebahagian daripada langkah melaksanakan subsidi bersasar.

Anwar berkata, biarpun dengan tindakan penyelarasan subsidi dilakukan, fokus kerajaan adalah untuk membantu rakyat, bukannya golongan maha kaya dan warga asing yang turut menikmati subsidi diesel.

“Kalau ada betul-betul orang yang susah dan terkesan, boleh maklum, kita bantu,” tegasnya.

Katanya, penjimatan RM4 bilion yang diraih menerusi penyelarasan semula subsidi diesel akan dibelanja bagi menampung keperluan kos pengangkutan awam serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau berkata, kos bagi STR yang kini memanfaatkan sembilan juta penerima sudah mencecah belanja RM10 bilion.

“Wang (penyelarasan subsidi) itu bukan untuk naikkan elaun menteri atau kementerian lain. Ini untuk pastikan ia tidak diberi kepada maha kaya dan warga asing.

“Jadi penjimatan daripada subsidi diesel ini sebahagiannya untuk menampung keperluan pengangkutan awam atau bantuan kepada rakyat. Sebahagiannya untuk tambah suntikan STR yang skim ini kini sudah mencecah (belanja) RM10 bilion,” katanya.

Anwar berkata, penyelarasan subsidi diesel adalah langkah ketiga dilaksanakan kerajaan bagi menstruktur semula agihan subsidi negara, selepas tarif elektrik dengan penjimatan RM4.5 bilion dan pengapungan harga ayam dan telur, RM1.2 bilion. – 11 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related